February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Malaysia meraih lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa dalam kejohanan Sukan Para Remaja Asia Ke-3 (AYPG) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung dari 10 Dis hingga semalam.

Meskipun hanya menghantar kontinjen kecil dianggotai 12 atlet pada kejohanan yang disertai oleh lebih 800 atlet dari 30 negara Asia, Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-14 secara keseluruhan.

Pemain ping pong negara, Chee Chaoming beraksi cemerlang apabila meraih emas dalam kategori perseorangan lelaki SM9 dan acara berpasukan lelaki SM9-10 dengan gandingan Ahmad Syahir Mohamad Kamal Saupi.

Turut meraih emas ialah atlet olahraga Eddy Bernard menerusi acara 100m dan lompat jauh T38 (palsi serebrum) bawah 18 tahun lelaki dan Wan Nuraizri Wan Azman dalam acara 97kg powerlifting.

Ahmad Syahir turut meraih pingat perak acara perseorangan lelaki SM10.

Dua pingat gangsa negara disumbangkan oleh Muhammad Zulhaizat Zainal Abidin menerusi acara 200m dan 400m T13 (masalah penglihatan) lelaki B-20.

Ketua Kontinjen, Siti Zaharah Abdul Khalid berkata, Malaysia menghadapi beberapa cabaran daripada segi pengurusan temasya seperti masa persediaan yang singkat selepas selesai Sukan Para ASEAN pada September lepas.

“Jika tidak, kemungkinan besar kita dapat meningkatkan pungutan pingat yang dicapai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jepun, yang merupakan tuan rumah edisi sulung pada 2009, muncul juara selepas merangkul 43 emas, 29 perak dan 26 gangsa, diikuti oleh Iran (39-44-35), China (27-9-5), Uzbekistan (20-6-2) dan Thailand (19-15-19).

Untuk rekod, ketika Malaysia menjadi tuan rumah edisi sebelum ini, empat tahun lepas, kontinjen negara merangkul tempat keempat keseluruhan selepas meraih 19 pingat emas, 22 perak dan 18 gangsa. — Bernama



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: