February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



MESKIPUN sibuk dengan jadual yang padat, penyanyi Sufian Suhaimi tetap memberikan masa terhadap bidang pelajaran.

Menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), perjalanan Sufian sebagai seorang mahasiswa bakal tamat tidak lama lagi.

Penyanyi lagu Terasa Ada itu berkongsi berita tersebut menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram miliknya, @sufiansuhaimi_.

“Semoga penyerahan thesis kali ni lancar dan tak ada amendments. Can’t believe my master is almost complete. Semangat sangat nak submit, pintu pun tak buka lagi. (mata tak tidur satu hari),” tulis Sufian.

Pengikut laman Instagram tunang aktres Elfira Loy itu sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada Sufian.

Peminat juga turut memuji kesungguhan Sufian yang tidak mengabaikan pengajian walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang penyanyi.

“@_mrsyahmi: Bakal dapat Master… Terbaik brother.”

“@rdn.zti: Wow! Master di usia begini! Hebatnya anda, idola!”

“@sall_biyyah: Wow, you’re my inspiration. Want to be like you.”

“@adyadyva: Yeay, dah boleh kahwin dah lepas submit ni!”

“@nisapinaa_: Good luck abang. Excited sangat tu.”

Sufian bakal menamatkan zaman bujang dengan Elfira pada Mac tahun hadapan.

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: