February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



NEW YORK: Amerika Syarikat sedia berunding secara terus dengan Korea Utara berhubung isu nuklear.

Setiausaha Negaranya, Rex Tillerson memaklumkan Washington tidak akan bersetuju dengan rundingan pra-syarat, namun Pyongyang sedia maklum saluran komunikasi bagi  membincangkan pembubaran program nuklear mereka, sedia terbuka. 

“Kami tidak akan menerima sebarang pra-syarat untuk rundingan. Kami tidak akan mengurangkan sekatan semata-mata untuk berunding. Saluran komunikasi kekal terbuka, dan mereka (Pyongyang) tahu bagaimana untuk melakukannya,” kata Tillerson dalam satu sidang media selepas mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini berikrar untuk mengelakkan penglibatan tentera, bagi mengekang tindakan Pyongyang melengkapkan penghasilan peluru berpandu yang boleh digunakan untuk menyerang Amerika Syarikat.

Tahun ini sahaja, Korea Utara sudah mengendalikan lebih 20 ujian peluru berpandu balistik.

Ujian terbaru dilakukan pada November lalu dengan pakar menyifatkan ia mampu membawa peledak nuklear sehingga ke timur Amerika.

Sekatan yang diketuai Amerika ke atas Pyongyang serta pengasingan diplomatik sehingga kini belum memberi kesan ke atas republik itu daripada menghentikan ujian nuklearnya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: