February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -15/12/17 –Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir mengaku pihaknya malu untuk bertanya kepada pihak PAS negeri berkenaan isu lantikan politik dalam Kerajaan Negeri bagi sesi 2018.

Menurutnya, amalan lazim sebelum ini, Kerajaan PAS Negeri Kelantan akan meminta cadangan nama daripada PKR, selewat-lewatnya bulan November setiap tahun untuk lantikan tahun seterusnya, namun sehingga kini tiada apa-apa permintaan dilakukan kepada pihaknya.

“Sekarang ni kita tak tahu ke mana (kedudukan dalam kerajaan negeri). Jadi diam begitulah. Biasanya setiap akhir tahun (kerajaan negeri) minta nama-nama untuk kita cadangkan tapi tahun ni tak ada.

Kerajaan PAS tak minta (nama), mungkin ditamatkan atau disambung tu kita tak boleh nak komen. Kita pun malu nak pergi tanya,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Isu lantikan politik dalam Kerajaan Negeri Kelantan mula bermasalah selepas Muktamar PAS membatalkan hubungan politik dengan PKR pada April lalu.

Kesan pembatalan hubungan politik itu telah memecahkan PKR Kelantan kepada dua kumpulan; Pertama kumpulan yang menyokong PKR pusat pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk bersama-sama denga DAP, Amanah dan PPBM dalam Pakatan Harapan (PH) dan kedua, kumpulan yang mahu mengekalkan hubungan dengan PAS tanpa DAP, Amanah dan PPBM.

Kemelut itu berpanjangan, sehingga berlaku insiden pecat memecat dalam PKR Kelantan dan ada pihak yang mendesak Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Pengerusi PKR negeri kerana didakwa pro-PAS.

Abdul Aziz menafikan dakwaan itu dan untuk membuktikan beliau akur dengan arahan PKR pusat, beliau hadir dalam majlis pelancaran PH Kelantan.

Sementara itu, Malah Exco PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi mengakui Kerajaan Negeri Kelantan berhati-hati dalam lantikan semula ahli-ahli politik daripada PKR dalam pentadbiran sesi 2018 untuk memastikan mereka benar-benar menyokong kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob.

“Saya ingat nama-nama ni dah ada tapi saya kena semak dengan kerajaan negeri dahulu.

“Kita akan terima ahli-ahli PKR yang boleh bersama dengan kerajaan negeri. Kalau ahli-ahli PKR yang bersama dengan PAN (Amanah) untuk nak jatuhkan kerajaan negeri Kelantan, memang dia tak layak untuk duduk dalam kerajaan negeri,” katanya kepada Antarapos

Malah kata Setiausaha PAS Kelantan ini lagi, syarat berkenaan bukan sahaja terpakai kepada ahli PKR sahaja tetapi juga mana-mana ahli PAS yang cenderung menyokong Amanah.

“Syarat-syarat tu bukan kepada PKR saja, tetapi sesiapa yang mengaku ahli PAS pun begitu juga. Maknanya lantikan politik ni adalah mereka yang bekerja membantu kerajaan, mempertahankan kerajaan,” ujar beliau.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: