February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



AYER KEROH: Kematian seorang remaja tingkatan empat yang dipercayai dipukul di Krubong, Melaka pada 4 Disember lalu kerana disyaki mencuri sejumlah wang milik datuknya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Superintendan, Afzanizar Ahmad berkata, setakat ini tiga suspek termasuk seorang bapa saudara mangsa ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga suspek yang ditahan sejak 7 Disember lalu dikatakan memukul remaja lelaki terbabit sebagai satu pengajaran tetapi tidak menyangka ia bertukar tragedi pembunuhan.

Berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga suspek yang ditahan sejak 7 disember lalu bertindak memukul remaja lelaki itu, sebagai suatu pengajaran, namun tidak menyangka ianya bertukar menjadi tragedi.

“Berdasarkan pengakuan lisan awal daripada ketiga-tiga suspek, mereka mengaku terlibat memukul remaja berkenaan sehingga maut.

“Siasatan awal mendapati mereka tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai telah mengambil wang datuknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan latihan amal percubaan bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini pada Jumaat.

Latihan amal yang menggemparkan orang awam dengan kemunculan sekumpulan lelaki yang secara tiba-tiba melakukan rusuhan dengan melaungkan kata-kata hinaan serta menggegarkan beberapa unit kereta peronda polis itu jelasnya bertujuan menguji tahap keberkesanan perancangan serta tindakan pihak polis dalam menghadapi ancaman keselamatan semasa berlangsungnya PRU14 kelak.

Sehubungan itu katanya, orang ramai tidak perlu gusar sekiranya terserempak dengan situasi berkenaan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: