February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KINABATANGAN muncul juara acara bola sepak sekali gus memenangi ibu segala pingat Sukan Sabah (SAGA) 2017 selepas menewaskan Kota Kinabalu 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi final, petang tadi.

Perlawanan itu menyaksikan Kinabatangan mendahului Kota Kinabalu menerusi jaringan Mohd Arizman Jainul pada minit ke-35.

Ketika kejuaraan seakan-akan lebih awal menjadi milik Kinabatangan, pemain Kota Kinabalu, Ramli Jamrih, berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan dan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Masa tambahan pula menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang gol sehingga penentuan juara terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang kemudiannya dimenangi Kinabatangan.

Kejayaan merangkul pingat emas itu adalah yang pertama buat Kinabatangan sejak SAGA dianjurkan.

Terdahulu, pingat gangsa dimenangi Nabawan yang menewaskan Tuaran 2-0 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Lain-lain keputusan hari ini (pemenang pingat emas)

Bola keranjang
Lelaki: Tawau

Bola tampar
Lelaki: Semporna
Wanita: Kota Belud

Berbasikal
Ujian masa berpasukan wanita: Keningau
Ujian masa berpasukan lelaki: Papar

Tinju
49kg: Mohd Alif Fauzee Labon (Keningau)
52kg:  William Peter (Keningau)
56kg: Shahril Baharim (Sandakan)
60kg: Akmal Aizat Ikbal (Papar)
64kg: Johari Daniel Gary (Kota Kinabalu)
69kg: Mohd Jasrin Chong (Sandakan)

Badminton
Beregu lelaki: Tawau
beregu wanita: Kota Kinabalu
Beregu campuran: Tawau



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: