February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SELEPAS penemuan tujuh planet mengorbit bintang Kepler-90 awal tahun ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) membuat satu lagi penemuan mengejutkan iaitu planet kelapan yang terletak sejauh 2,545 tahun cahaya.

Bintang Kepler-90 adalah satu-satunya bintang yang mempunyai jumlah planet yang banyak sebagaimana di dalam sistem solar matahari.

Planet kelapan itu ditemui hasil kepintaran buatan (AI) Google yang memproses data dan maklumat yang dikumpul menerusi teleskop angkasa Kepler milik NASA.

Planet yang dikenali sebagai Kepler-90i dipercayai tidak mampu menyokong kehidupan dengan permukaan yang berbatu serta panas dan hanya memerlukan 14.4 hari untuk mengorbit bintangnya berbanding planet Utarid yang paling hampir dengan matahari dan mengambil masa 88 hari untuk melengkapkan orbitnya.

Secara asasnya sistem bintang Kepler-90 adalah sistem mini bagi sistem suria kita dengan susunan planet kecil paling dalam sementara planet besar di bahagian luar.

Walaupun Kepler-90 adalah sistem bintang seumpama matahari namun kesemua planetnya mengorbit bintang berkenaan dalam satu kawasan yang sama jaraknya antara bumi ke matahari.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: