February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas pemergian isterinya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, malam ini.

Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi, 58, yang mendapat rawatan di PPUM akibat sakit kanser meninggal dunia pada jam 7.02 malam.

“Dukacita terima berita isteri kepada IGP Tan Sri @Fuzi_Harun, Puan Sri Azizah Hamdi kembali ke Rahmatullah. Takziah kepada seluruh ahli keluarga, semoga dicucuri rahmat Allah SWT. Al Fatihah. @PDRMsia,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menerusi laman Twitter dan Facebook pada Jumaat.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor malam ini sebelum di bawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, Perak untuk urusan pengebumian pagi esok. — Bernama



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: