February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Sam Allardyce menghamburkan pujian kepada Wayne Rooney selepas penyerang Everton itu meneruskan peningkatan dalam permainannya.

Rooney yang telah bersara daripada aksi antarabangsa, menjaringkan gol kemenangan ke atas Newcastle United pada Rabu lalu, sekaligus merekodkan golnya yang ke-10 dalam semua kejohanan musim ini.

Jaringan jarak jauhnya ketika meraih kemenangan 4-0 ke atas West Ham memberikan anugerah gol terbaik untuk bulan November dan Allardyce menyifatkan persembahan Rooney adalah kunci prestasi cemerlang The Toffees.

“Sejak saya tiba bersama pasukan, Rooney adalah kunci di sebalik prestasi cemerlang kelab,” katanya.

“Dia telah bertukar menjadi apa yang dimahukan oleh pasukan — apa yang dimahukan oleh penyokong, dia kembali membuktikan kebolehan sebenarnya.

“Rooney adalah ancaman utama pasukan lawan, seorang pemain yang tidak ternilai,” katanya.

Everton akan menerima kunjungan Swansea City di Goodison Park, Isnin ini.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: