February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda perairan tenggara Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, barat laut Palawan, Tioman, utara Bunguran dan barat laut Reef South, bermula hari ini hingga Selasa depan (19 Dis).

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, amaran angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan tengah Samui, selatan Bunguran, selatan Reef South, tenggara Reef North, Labuan dan timur Palawan mulai hari ini hingga Selasa depan.

Situasi sama turut dijangka berlaku di perairan Sarawak, Sabah (kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat) serta Labuan sehingga Selasa ini.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: