February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



GAZA: Tentera rejim Zionis telah menembak mati empat warga Palestin dan mencederakan 150 orang lagi dalam pertempuran tunjuk perasaan susulan keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Kebanyakan yang terkorban berada di sempadan Gaza, di mana beribu penduduk Palestin berkumpul untuk mengecam sambil melemparkan batu kepada tentera Israel dari luar tembok.

Menurut pasukan perubatan, antara mereka yang terbunuh dalam protes yang memasuki minggu kedua itu, termasuk seorang penduduk berkerusi roda.

Tiga terkorban dalam pertempuran dengan tentera, manakala seorang lagi ditembak mati selepas dikatakan menikam seorang pegawai polis Israel.

Keputusan mengejutkan yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membangkitkan reaksi berbaur emosi dan kemarahan masyarakat dunia.

Pelbagai bantahan, tunjuk perasaan serta bantahan dilaungkan di seluruh dunia bagi membantah keputusan itu.

Sebelum ini, dua warga Palestin telah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Zionis sementara dua pejuang Hamas turut terkorban dalam serangan udara di Semenanjung Gaza.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: