February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini kesal dengan apa yang berlaku membabitkan isu pelaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS).

Jelasnya, sistem itu telah disalahertikan hingga menimbulkan situasi kurang senang dalam kalangan pemain industri serta rakyat.

Sehubungan itu, menurut beliau, kementeriannya mengambil keputusan membatalkan pelaksanaan IMAMS serta-merta berkuat kuasa hari ini selepas mengambil kira pelbagai aduan dan rungutan selain maklumat yang diperolehi mengenai latar belakang syarikat yang terlibat.

“Pengumuman pertama pembatalan ini telah dilakukan oleh Ketua Setiausaha kementerian Datuk Rashidi Hasbullah menerusi Astro Awani pada jam 4 petang tadi selepas kita berbincang sendiri dengan Menteri kira-kira jam 3.30 petang sebelum itu,” katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.

Selain itu, Mas Ermieyati yang merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO turut melahirkan kekesalan apabila terdapat segelintir pihak cuba menimbulkan isu mengenai penglibatan individu bukan Islam dalam mengendalikan IMAMS yang diumum beliau semalam.

Katanya, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai kementerian sebelum ini bahawa pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat pengendali itu terdiri daripada orang Islam.

“Namun, sebaik sahaja saya mengumumkan pelaksanaan itu semalam, baru kita menerima maklumat dan membuat semakan semula memang betul ada penglibatan seorang ketua pegawai operasi (COO) syarikat pengendali bukan Islam.

“Tetapi COO itu telah meletak jawatan dalam syarikat berkenaan, dan langkah itu tidak mengubah apa-apa kerana keadaan telah ‘rosak’ selain saya faham ia satu isu yang sangat sensitif,” jelasnya.

Sehubungan itu, kata beliau, kementeriannya akan lebih teliti dan melakukan kajian menyeluruh sebelum melaksanakan mekanisme serta kaedah baharu bagi menjaga kebajikan selain memastikan setiap jemaah tidak terdedah dengan sebarang unsur penipuan. 

Tegasnya lagi, kementerian beliau hanya mencari kaedah dan mekanisme terbaik untuk semua jemaah dan kerajaan tidak mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada jemaah menunaikan ibadah umarah atau haji seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Sebaliknya, ia adalah cukai terhadap pakej insurans dalam IMAMS dan berharap masyarakat memperbetulkan persepsi itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang mencari keuntungan dengan menjual visa umrah kepada agensi atau jemaah.

“Lagi satu, saya tidak akan lepaskan sesiapa yang buat hal atau jual visa dan sebagainya selepas ini. Saya bagi peringatan bahawa kementerian mengetahui pihak yang terlibat dalam penjualan visa,” katanya.

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: