February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -16/12/17 –Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggunakan alasan mengarut ketika menghalang wakil rakyat daripada mengurus bantuan RM700 kepada mangsa banjir di negeri itu, kata ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.

“Mengarut !” kata Yee Cheu ketika menjawab alasan orang kanan Guan Eng, Zairil Khir Johari Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera yang berkata beliau sukar dihubungi sebab itu beliau tidak dibenarkan menguruskan permohonan pampasan mangsa banjir di kawasannya.

Yee Cheu merupakan wakil rakyat kedua selepas ADUN PKR Kebun Bunga, Cheah Kah Peng yang dilarang menguruskan bantuan banjir RM700 kepada penduduk itu seperti yang diumumkan Kerajaan DAP Pulau Pinang selepas bencana berkenaan 5 November lalu.

Sebelum ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang dikritik banyak pihak ekoran keputusan menghalang Kah Peng dmenguruskan bantuan tersebut atas alasan sama iaitu prestasi sebagai wakil rakyat beliau yang tidak memuaskan.

Tindakan itu turut mencetuskan rasa tidak puas hati pemimpin PKR negeri ini yang menyifatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikan demokrasi dan hak penduduk yang memilih Kah Peng sebagai wakil mereka.

Yee Cheu dan Kah Peng sebelum ini dikenali sebagai wakil rakyat kerajaan negeri berhakuan kiri dan kumpulan pemberontak kerana sering tidak sehaluan dan mengkritik Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: