February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ibrahim Ali akui ahli pertubuhannya sertai Pakatan Harapan, Pas

Presiden
Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Dr Ibrahim Ali
mendedahkan ahli pertubuhan itu bukan sahaja menyokong Umno tetapi juga
parti-parti dalam Pakatan Harapan dan Pas.

Beliau dalam kenyataannya respon kepada pertanyaan media terhadap
sokongan ahli Perkasa terhadap mana-mana parti, dalam sidang media
selepas pengumuman bekas Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris yang
menyertai PKR bersama 35 ahli dan bekas Perkasa, semalam.

Menurut Ibrahim lagi, sebelum Irwan Fahmi terdapat ahli-ahli pertubuhan itu yang menyertai parti dalam Pakatan Harapan.

“Sebelum ini pun sudah ada sana sini sikit sebanyak ahli Perkasa yang
menyertai berbagai parti politik termasuk yang menyertai Bersatu,
Amanah dan Pas.

“Ada juga ahli Perkasa yang belum menjadi ahli mana-mana parti politik menyertai Umno.

“Ianya perkara biasa kerana Perkasa adalah sebuah NGO dan bukan parti politik.

“Sesiapa sahaja ahli Perkasa bebas menyertai mana-mana parti politik.
Terpulang kepada mereka untuk memilih apa jua parti yang sesuai,”
ujarnya dalam kenyataan semalam.

Justeru katanya, tidak ada apa yang perlu dihebohkan atau significan
mengenai pengumuman Irwan Fahmi Ideris yg dikaitkan sebagai bekas Ketua
Wira Perkasa dan sekumpulan kecil yg dikatakan juga bekas Wira Perkasa
itu menyenterai PKR.

“Selaku Presiden Perkasa saya sudah lama mengisi tokoh wira yang baharu sebagai Ketua Wira Perkasa.

“Ketua Wira Perkasa sekarang adalah Saudara Burhanudin Ruslan dan Naib Ketua Wira adalah Saudara Wan Danial.

“Saya amat gembira denga komitmen Barisan Kepimpinam Wira Perkasa
sekarang terutama jatidiri, semangat dan komitmen bagi kelangsungan
perjuangan demi Islam, Pribumi dan Tanahair.

“Oleh itu tiada apa-apa kesan kepada Perjuangan Perkasa mengenai
berita kemasukan Irwan Fahmi sebagai ahli PKR. Mungkin beliau di
janjikan sebagai calon PKR pada PRU14. Selamat maju jaya buat mereka,”
ujarnya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: