February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Syarikat Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) perlu dengan serta-merta memastikan kakitangan syarikat tersebut hanya terdiri daripada individu yang beragama Islam.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dalam satu kenyataan berkata keputusan tersebut diambil bagi melindungi kepentingan dan sensitiviti agama Islam.  

“Susulan pelancarannya  , pelbagai reaksi diterima oleh MOTAC terhadap inisiatif tersebut.

“Dalam hal ini, lembaga pengarah syarikat IMAMS adalah terdiri daripada warganegara Malaysia beragama Islam, manakala pemegang saham syarikat adalah daripada warganegara Malaysia beragama Islam dan syarikat-syarikat tempatan,” menurut kenyataan itu.

BACA: PAPUH bantah pelaksanaan IMAMS

BACA: IMAMS: Akses rasmi tunggal visa umrah mulai hari ini

IMAMS yang dilancarkan pada Jumaat  merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

Sementara itu, MOTAC juga menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati sebelum mempercayai sebarang khabar angin yang tidak berasas mengenai IMAMS.

“Mereka juga perlu tahu hak-hak sebagai pengguna untuk tidak membayar lebih daripada kadar yang ditetapkan sebanyak RM90.10,” katanya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: