February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


shahbudindotcom



Berikutan
rungutan serta kecaman pelbagai pihak mengenai perlaksanaan Sistem
Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia atau IMAMS, Kementerian
Kebudayaan dan Pelancongan yang memperkenalkan sistem tersebut tampil
dengan kenyataan terbaru meminta syarikat tersebut memastikan kakitangan
syarikat itu hanya terdiri daripada mereka yang beragama Islam.

Kata kementerian itu, ia adalah bagi melindungi kepentingan dan sensitiviti agama Islam dalam perlaksanaannya.

Selain
itu, menurut kenyataan Kemeterian Kebudayaan dan Pelancongan lagi,
lembaga pengarah syarikat IMAMS adalah daripada warganegara Malaysia
yang beragama Islam, manakala pemegang sahamnya terdiri daripada
warganegara Malaysia beragama Islam dan syarikat-syarikat tempatan.

Sebenarnya, dalam isu pengenalan IMAMS ini ada dua perkara yang menjadi rungutan dan kecaman orangramai.

Pertama,
COO syarikat tersebut sebagaimana dalam tandatangan suratnya yang
tersebar luas kepada syarikat-syarikat pengendali umrah, adalah didapati
bukan beragama Islam.

Gambar-gambar beliau yang diambil daripada laman Facebooknya juga disebarkan untuk menyokong perkara itu.

Jika
COOnya bukan Islam, kebiasaannya tentulah pemilik dan pemegang saham
syarikat itu  juga dipegang secara majoriti atau sepenuhnya oleh bukan
Islam. Ahli lembaga pengarah hanyalah lantikan semata-mata.

Apakah tiada syarikat orang Islam yang mampu mengendalikan urusan ibadah orang Islam sendiri?

Kenapa syarikat tersebut yang dipilih oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan?

Kroni siapa syarikat tersebut?

Meskipun
kementerian menggesa syarikat tersebut memastikan kakitangannya mesti
beragama Islam, tetapi bagaimana dengan pemilikan dan pemegang sahamnya?

Apa guna jika hanya kakitangan beragama Islam, tetapi pemilik dan pemegang sahamnya bukan Islam?

Di mana suara pemimpin Islam dalam kerajaan atau persatuan-persatuan pengguna berkaitan Islam dalam hal ini? Isu
kedua yang menjadi rungutan orangramai ialah caj yang dikenakan oleh
syarikat tersebut iaitu sebanyak RM90.10 kepada setiap jemaah yang ingin
menunaikan umrah.

Caj RM90.10 yang dikenakan itu adalah meliputi bayaran untuk sistem dan pengurusan sebanyak RM45, insurans RM40 dan GST RM5.10.

Hahahaha….tahniahlah kerajaan Malaysian kerana orang pergi umrah pun dah kena GST di era Najib ini!!

Pada
tahun lalu, umat Islam Malaysia yang menunaikan umrah ialah seramai 240
ribu orang dan jika tahun depan jumlahnya meningkat kepada 300 ribu
orang, bermakna syarikat itu berjaya mengutip lebih RM27 juta dalam
setahun.

Ditolak
insurans dan GST yang masuk ke kantung kerajaan yang sentias mendakwa
prihatin kepada rakyat, bayangkan berapa syarikat tersebut berjaya
mengaut keuntungannya?

Selain
kroni siapa syarikat yang dipilih oleh Kementerian Kebudayaan dan
Pelancongan itu, tidakkah pengenalan sistem ini hanya satu cara mudah
untuk “pau” wang umat Islam yang mahu beribadah, meskipun mereka
sebelumnya telah bersusah payah dan membanting tulang untuk
mengumpulkannya demi untuk pergi ke Mekah? 

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: