February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, menjelaskan pihaknya masih dalam perbincangan dengan Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengenai status Stadium Manjung yang akan menjadi venue tuan rumah The Bos Gaurus dalam saingan Liga Malaysia 2018.

Isu timbul bila FMLLP menyifatkan stadium itu masih kabur daripada segi aspek keselamatan, terutama apabila membabitkan perlawanan berprofil tinggi.

Kata Abdul Puhat, “Kami masih berurusan dengan FMLLP. Laporan dan maklumat terkini berkaitan kerja-kerja menaik taraf yang dilakukan di Stadium Manjung telah dihantar kepada FMLLP beberapa hari lalu. 

“Ia hanya akan diputuskan selepas FMLLP mengeluarkan arahan rasmi berhubung perkara tersebut.”

Namun, bagi Abdul Puhat, pihaknya juga telah membuat persediaan gelanggang alternatif jika perkara sebaliknya berlaku.

“Apapun, kami sudah bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan. Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut mungkin menjadi salah satu venue alternatif,” ujarnya lagi.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: