February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DARI SUDUT LAIN

Belum reda isu rumah agam ala Disneyland milik seorang ketua AMK PKR Ampang, kini satu lagi isu menghimpit PKR Selangor. Minggu lepas, SPRM telah menahan empat orang individu atas tuduhan melombong pasir tanpa permit. Salah seorang yang ditahan merupakan anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Dato Seri Azmin Ali.

Dua dari yang ditahan merupakan pengarah syarikat, seorang kakitangan syarikat pengiklanan dan seorang pengurus projek. SPRM turut membekukan beberapa akaun yang berjumlah 4 juta ringgit, dipercayai sebagai hasil perlombongan haram tersebut. Turut disita beberapa buah lori dan kelengkapan melombong yang lain.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/11/30/selangor-mbs-relative-among-four-remanded-over-illegal-sand-mining/

Turut terlibat dalam projek ini secara tidak langsung adalah dua orang ADUN PKR iaitu Amiruddin Shari (Batu Caves) Dan Shuhaimi Shafiei (Seri Muda). Mereka merupakan ahli lembaga pengarah Double Dignity, syarikat yang terlibat dalam perlombongan haram ini.

Projek tersebut dipercayai telah dilakukan sejak 2014 di Kajang dalam daerah Hulu Langat. Perkara ini menimbulkan keresahan di kalangan rakyat kerana DUN Kajang yang berhampiran merupakan DUN yang diwakili oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, yang juga Presiden PKR sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Sebelum ini, nama Kajang menjadi hangat di arena politik peringkat nasional apabila secara tiba-tiba ia dikosongkan oleh Adun PKR, Lee Chin Cheh, pada tahun yang sama bermulanya perlombongan haram tersebut, iaitu tahun 2014. Perkara itu menyebabkan berlakunya PRK Kajang dengan PKR mencalonkan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Namun setelah Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar dengan kesalahan liwat, pencalonannya ditukar kepada isterinya Dr Wan Azizah. Selepas Dr Wan Azizah menang dengan kemerosotan undi ketara, timbul pula isu desakan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim supaya meletak jawatan. Nama Dr Wan Azizah disebut sebagai calon MB seterusnya tetapi akhirnya tidak mendapat perkenan Istana Selangor, justeru Azmin Ali telah dilantik menjadi MB.

Peristiwa yang dikenali sebagai Langkah Kajang, sememangnya merupakan episod hitam kepada negeri Selangor yang berpunca dari kesilapan PKR. Gerakan politik ini telah meletakkan Selangor dan juga Pakatan Rakyat mengalami krisis sehingga 9 bulan. Keadaan ini turut menyebabkan istana terheret sekali dalam konflik politik ini.

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Kajang_Move

Nama Kajang sangat sinonim dengan PKR. Malangnya, nama tersebut menggambarkan perkara yang negatif sahaja terhadap parti itu. Bermula dengan Langkah Kajang, kini isu perlombongan haram pula.

Menurut SPRM, kerajaan negeri kehilangan sumber hasil jutaan ringgit sejak projek itu dijalankan tahun 2014. Perlombongan ini boleh dikatakan berskala mega kerana melibatkan tanah seluas 45 ekar. Kira-kira 10 buah lori digunakan dalam sehari bagi aktiviti berkenaan.

http://www.malaysiaoutlook.com/2017/12/01/macc-selangor-lost-millions-from-illegal-sand-and-gravel-mining/

Apa yang mengelirukan, walaupun projek tersebut tidak mendapat permit, tetapi ianya mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Kajang. Mereka pernah memohon lesen daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), tetapi belum ada kebenaran yang dikeluarkan. Ada pihak yang mempercayai bahawa nama KSSB telah digunakan bagi memohon perlepasan daripada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) yang mempunyai kuasa dalam menguatkuasakan aktiviti berkenaan.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/selcat-diberitahu-double-dignity-pernah-mohon-lesen-pasir-1.29604 

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: