February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pada awal bulan ini, akhbar Financial Times melaporkan yang 1MDB sedang bersiap sedia membayar balik hutang sebanyak AS$6.5 bilion (kira-kira RM26 bilion) dengan pertolongan negara China

Ketua polis negara digesa mendapatkan kerjasama kerajaan China untuk
mengekstradisi ahli perniagaan kontroversi warga Malaysia, Jho Low bagi
dibawa balik dan didakwa di negara ini ekoran penglibatannya dalam
skandal 1MDB.

Jurucakap Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL) Faiz Fadzil berkata, akhbar The Australian
mendedahkan bahawa penjenayah paling dikehendaki di dunia itu kini
sedang bersembunyi di Shanghai, China dan menghabiskan masanya sama ada
menginap di hotel mewah Peninsula atau belayar dengan bot mewahnya
‘Equanimity’ di sana.

Menurut Faiz, tiada keraguan bahawa Jho Low telah melakukan pelbagai
kesalahan jenayah di negara ini dalam skandal 1MDB manakala Biro
Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat juga sedang melakukan
siasatan terhadap perlakuan jenayah Jho Low.

Beliau menambah, Jho Low disebut sebagai arkitek utama penyelewengan
dana 1MDB dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang
telah menggariskan kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah
undang-undang Malaysia termasuk penipuan menurut seksyen 415 dan 418
Kanun Keseksaan dan pemberian rasuah menurut seksyen 16 dan 17 Akta SPRM
2009.

Malah tegas Faiz, wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke
akaun peribadi MO1 (Malaysian Official 1) di Ambank daripada Tanore
Account adalah dimiliki Jho Low.

“MO1 disahkan Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ambank adalah institusi kewangan
tempatan. Jadi, wang yang diseleweng daripada 1MDB tersebut boleh
dianggap pelakuan merasuah MO1 bagi mengeluarkan Surat Sokongan yang
ditandatangani Perdana Menteri bagi menjamin pengeluaran bon 1MDB
sebanyak AS$3 bilion,” ujarnya.

Faiz melahirkan kehairanan dengan sikap ketua polis negara yang masih
mendiamkan diri walaupun bukti-bukti berhubung kelakuan jenayah Jho Low
telah banyak didedahkan.

“Tingkah laku sang penguasa di Putrajaya yang kini banyak
berhutang dengan kerajaan China seperti projek Landasan Keretapi Pantai
Timur (ECRL) bernilai lebih RM55 bilion dan keistimewaan kepada negara
kuasa besar dunia tersebut menguasai tanah-tanah di negara ini, tetapi
pada masa yang sama membiarkan Jho Low bebas hidup di negara China
mewujudkan persepsi negatif di kalangan masyarakat umum seolah-olah Jho
Low sedang dilindungi kerajaan,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Faiz menggesa Ketua Polis Negara bertindak dengan
penuh integriti dalam menegakkan keluhuran undang-undang dengan
mendapatkan kerjasama kerajaan China bagi menangkap dan mengekstradisi
Jho Low untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Malaysia dan China, tambah beliau mempunyai perjanjian Bantuan
Perundangan Bersama (MLA) dan tangkapan Jho Low begitu penting bagi
membolehkan siasatan jenayah dimulakan di negara ini.
Langkah ini, katanya penting supaya skandal 1MDB dapat diselesaikan
dan masalah ekonomi terutama kejatuhan nilai Ringgit dapat diatasi.

“Jho Low tidak seharusnya dibiarkan terus bebas dan mengatasi
undang-undang. Perlakuan jenayah Jho Low perlu dipandang berat semua
pihak dalam negara ini kerana wang 1MDB berjumlah lebih RM20 bilion yang
diseleweng Jho Low perlu ditanggung pembayar cukai di negara ini,”
katanya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: