February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



LONDON: Syarikat operasi keretapi terbesar di United Kingdom, Network Rail England pada Jumaat mendedahkan jumlah kematian yang dikaitkan dengan tabiat mabuk sewaktu musim perayaan kini meningkat di negara itu.

Menurut syarikat itu, lebih 7,400 insiden berkaitan alkohol dilaporkan pada rangkaian rel keretapi sepanjang tempoh 2016-2017.

Daripada 7,419 kes, 16 peratus berlaku dalam tempoh perayaan Krismas, antara 24 November hingga 2 Januari.

Dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang didedahkan, ia menunjukkan bagaimana individu yang mabuk, jatuh ke landasan, yang secara tidak langsung sebahagian daripada amaran kepada penumpang untuk lebih berhati-hati.

Antara lain, bahaya itu termasuk jatuh dari platform, mengabaikan peringatan tahap menyeberang dan keganasan dalam kalangan penumpang.

Data juga menunjukkan 14 peratus laporan keganasan direkodkan antara 24 November 2016 hingga 2 Januari 2017 berbanding tempoh sama pada 2015-2016.

Satu daripada 10 kes yang dilaporkan adalah berkaitan alkohol.

Sejak 10 tahun lalu, 21 orang terbunuh terjatuh dari platform disebabkan alkohol sementara 91 yang lain mengalami kecederaan serius.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: