February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KAJANG:

Sekumpulan penunggang motosikal mengaku menggunakan plat pendaftaran palsu dengan tertera logo ‘AMM’ dan kononnya aksi mereka ditaja sebuah bengkel motosikal sebagai alasan untuk tidak dicekup kerana ‘merempit’ atau berlumba haram.

Itu antara pengakuan 15 ‘pelesit rempit’ yang diberkas dalam operasi Ops Samseng Jalanan di Kajang dekat Lebuhraya Besraya awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 12 pagi itu dilakukan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasa Trafik Bukit Aman yang diketuai Inspektor Firdaus Syafiq Abu Talib bersama 15 orang anggota.

Hasil penyamaran mendapati kumpulan terbabit leka berlumba dengan membuat pelbagai aksi yang membahayakan diri sendiri dan pengguna lebuh raya yang lain.

Kepungan dilakukan berjaya membantutkan kegiatan mereka.

Suspek berusia antara 15 hingga 28 tahun itu didapati melakukan kegiatan itu setiap hujung minggu dengan lokasi yang berubah-ubah bagi mengelak dihidu pihak polis.

Dalam operasi ini juga sebanyak 17 saman dikeluarkan dengan jumlah kesalahan sebanyak 40 kesalahan.

15 buah motosikal yang telah diubahsuai untuk tujuan menduga kelajuan atau berlumba turut disita.

Lima daripada mereka ditahan dan disiasat mengikut seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan kerana menggunakan plat palsu.

Manakala selebihnya akan dituduh dibawah seksyen 42 (1) akta yang sama.

Kesemua mereka dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: