February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembatalan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah sebagai tindakan tepat.

“Saya tidak bersetuju sistem IMAMS dikenakan untuk urusan visa umrah. Pengumuman ia dibatalkan adalah sangat tepat,” kata perdana menteri menerusi akaun Twitter beliau.

Pembatalan IMAMS diumumkan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini.

Susulan pembatalan sistem IMAMS, Mas Ermieyati berkata kerajaan akan mencari kaedah baharu yang lebih berkesan bagi menangani penipuan pakej umrah.

Dalam sidang media semalam, Mas Ermieyati memberitahu pelaksanaan IMAMS, yang merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, bertujuan menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.

Antara lain, IMAMS mengenakan caj tertentu yang menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat kerana dilihat akan mengakibatkan penambahan kos bagi mengerjakan umrah.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: