February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PONTIAN: Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas terjatuh ketika menangkap ikan di perairan Pulau Kukup, Pontian pada petang Jumaat.

Ketika kejadian, mangsa Putra Aminurrashid, 21, bersama dua lagi rakannya sedang menangkap ikan sebelum terjatuh disebabkan hilang keseimbangan akibat gelombang laut.

Timbalan Pengarah (Operasi), Maritim Johor Bahru, Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, sejurus sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 6.45 petang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim Johor Bahru mengerakkan KM Nipah ke lokasi bagi mencari mangsa yang hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini turut disertai oleh Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta dibantu nelayan tempatan.

“Pada petang semalam, kawasan pencarian tertumpu di kawasan mangsa hilang iaitu lebih kurang 0.2 batu nautika selatan Pulau Kukup,” katanya.

Tambahnya lagi, SAR yang diteruskan pagi ini masih gagal menemukan mangsa selain kawasan pencarian diperluas hingga 12 batu nautika.

Katanya, operasi itu dikoordinasikan Maritim Malaysia melalui MRSC Johor Bahru.

Beliau mengingatkan semua komuniti maritim agar memaklumkan kepada Maritim Malaysia dengan segera sekiranya berlaku sebarang kemalangan di laut, agar kejadian kecemasan dapat disalurkan dengan pantas.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: