February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Sebelum ini tular di media sosial penyanyi dan pelakon, Alif Satar sedang membantu mengusung jenazah di Mekah dan mengakui itu merupakan pengalaman serta kenangan berharga buatnya

Berkongsi pengalaman itu Alif berkata, tiada perkataan yang boleh mengambarkan ‘keindahan’ suasana ketika itu.

“Rasanya sangat ‘wonderful’, rasa sesuatu yang orang lain tak pernah rasa. Kalau diingati semula, satu pengalaman baharu kerana disana orang akan berebut-rebut untuk mengusung jenazah,” kongsinya.

Alif turut berkata, pengalaman itu telah banyak mengingatkan beliau dengan ‘kehidupan selepas kematian’.

“Rasa sebak sangat, kita akan ingat akan mati dan berdoa agar kematian kita nanti ada yang mahu berebut-rebut mengusung jenazah kita, kalau dilihat seperti satu anugerah jika meninggal dunia di Makkah.

“Mari terfikir macam manalah kalau mati nanti, bersediakah kita dan macam mana ‘dunia’ di sana nanti,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya bagaimana beliau mendapat laluan untuk membantu mengusung jenazah, Alif berkata ia bermula daripada dorongan kawannya, yang berada di Mekah.

“Kawan saya tanya, pernahkah saya mengusung jenazah di Makkah, saya kata tak pernah…jadi dia bawakan saya ke ‘tempatnya’.

“Dia pesan dekat saya lepas sahaja habis solat (solat zuhur ketika itu), cepat lari pergi ke kawasan ‘gate’, sebaik sahaja gate dibuka kau terus masuk,” kongsinya.

Alhamdulillah tuturnya, beliau akhirnya berjaya menjadi salah seorang dapat membantu mengusung jenazah.

“Ketika itu dapat jugalah saya membantu mengusung dua tiga jenazah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan doa kepada semua agar mereka turut dapat menjejakan kaki ke Tanah Suci.

“Percayalah Makkah sangat-sangat indah,” katanya.-14/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: