February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



TORONTO: Polis Kanada sedang menyiasat misteri kematian jutawan dan pengasas firma farmaseutikal Apotex Inc, Barry Sherman dan isterinya Honey Sherman.

Pasangan terbabit ditemui mati di tingkat bawah tanah kediaman milik mereka yang terletak di timur laut Toronto.

Menurut Konstabel David Hopkinson, kematian mereka sedikit mencurigakan.

Bagaimanapun, pihak homisid berkata mereka tidak menemui kesan pecah masuk rumah agam terbabit.

Kedua-dua mayat ditutupi selimut dan kemudiannya dibawa keluar dari rumah itu sebelum dimasukkan ke dalam sebuah van.

Rumah agam itu pernah disenaraikan untuk jualan pada harga hampir AS$5.4 juta (RM22.2 juta).

Sementara itu, Menteri Kesihatan Ontario, Eric Hoskins yang juga teman rapat kepada Sherman dalam satu tweet miliknya turut melahirkan simpati dan dukacita diatas kematian mengejutkan tersebut.

Hoskins menyifatkan Sherman, 75 tahun sebagai individu berhati mulia.

Majalah Forbes menganggarkan mendiang mempunyai aset bersih bernilai AS$3.2 bilion (RM13 bilion).

Apotex merupakan firma farmaseutikal terbesar Kanada dengan jualan tahunan lebih AS$1.55 bilion (RM6.33 bilion) selain beroperasi di lebih 45 buah negara termasuk Amerika Syarikat.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: