February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -16/12/17 –Berang dengan syarat-syarat yang dikenakan PAS Kelantan, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar menyindir kerajaan negeri itu ‘menyimpan’ semua jawatan yang diperuntukkan kepada ahli-ahli PKR kerana pada PRU 14 nanti parti Keadilan bakal menentang calon PAS.

“Kelantan, jika hendak buat sedemikian, simpan sahajalah (jawatan). Nanti pilihan raya kita lawan mereka,” ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Kenyataan Xavier itu merujuk kepada respon exco Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang membayangkan senarai nama pemimpin PKR sudah dipilih untuk dilantik dalam pentadbiran kerajaan negeri bagi sesi 2018, namun masih belum diumumkan.

Che Abdullah, bagaimanapun mengingatkan ahli-ahli PKR tidak layak menyandang jawatan pentadbiran kerajaan negeri sekiranya mereka bersama dengan Amanah dan berusaha menjatuhkan PAS Kelantan.

Ini tegasnya bagi memastikan mereka yang dilantik itu membantu dan mempertahankan kerajaan yang dipimpin parti berteraskan Islam itu.

Membidas perlantikan bersyarat yang dilakukan PAS Kelantan itu, Xavier berkata perkara yang sama boleh dilakukan terhadap PAS di bawah Kerajaan PKR Selangor, namun ia tidak dilakukan.

“Jika begitu, tidak payah ambil jawatan, itu pendirian saya. PAS boleh simpan jawatan dalam pilihan raya akan datang kita lihat macam mana keadaan.

“Sebab mereka meletakkan syarat-syarat. Di Selangor pun kita tak cakap apa-apa dengan PAS, mereka ada di dalam kerajaan, ada jawatan, tak suruh mereka sokong dan sebagainya,”katanya.

Sementara itu, ADUN PKR Guchil, Mohd Roslan Puteh, satu-satu wakil rakyat tunggal Kelantan berkata PKR pusat telah memberi isyarat untuk mempertahankan kerusi DUN yang pernah dimenangi pada PRU 13 itu.

“Untuk PRU14 ini soal calon kita belum tentukan lagi siapa jadi calon tapi kalau mengikut kepada (PKR) pusat kita akan mempertahankanlah kerusi ini,”katanya kepada Antarapos.

Menurutnya, dalam keadaan iklim politik terkini pertandingan tiga penjuru, antara PKR, PAS dan UMNO tidak dapat dielakkan lagi.

“Oleh kerana PKR dan PAS tidak ada lagi tahaluf siyasi sama ada di peringkat pusat ataupun di peringkat negeri maka pertembungan tiga penjuru itu tak dapat dielakkan lagilah.

“Jadi mana-mana parti terpaksa bersedia untuk bertembung walaupun dulu kita dalam satu pakatan,” katanya.

Walau bagaimanapun Roslan mendakwa PKR kini sudah membuat persiapan di peringkat akar umbi untuk memastikan kemenangan calon parti Keadilan itu di DUN Guchil.

“Jadi rakyat akan menilai sama ada untuk mengekalkan calon PKR atau PAS walaupun dalam kedua-dua pilihan raya umum sebelum ini memang kita akui gerak kerja jentera banyak dibantu PAS.

“Itu tak dpt dinafikan tapi selepas dua penggal calon kita menang di DUN Guchil maknanya jentera parti sudah ada dan kita sudah bersedia untuk menghadapi UMNO dan mana-mana parti yang masuk bertanding,” katanya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: