February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Sistem Insurans Pekerjaan dijangka dilaksana Januari ini

Sistem
Insurans Pekerjaaan (SIP) dijangka dilaksanakan Januari ini sebaik
diluluskan Dewan Negara dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,
kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.
Beliau berkata Rang Undang-undang SIP akan dibentang di Dewan Negara pada Isnin ini.

Walaupun SIP ditentang oleh kebanyakan majikan, skim tersebut perlu
untuk memastikan jaringan keselamatan sosial pekerja yang diberhentikan
terus terjamin, katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Krismas
bersama Penerima Faedah Perkeso 2017, di sini hari ini.

Penguatkuasaan SIP akan memastikan pekerja sektor swasta yang
diberhentikan menerima bantuan kewangan sementara sehingga enam bulan.

Riot berkata SIP menuntut caruman 0.2 peratus daripada gaji pekerja
serta 0.2 peratus lagi daripada majikan dengan pembayaran faedah kepada
yang layak dijangka dilaksanakan mulai Januari 2019.

Bagaimanapun, katanya pekerja yang kehilangan pekerjaaan pada 2018
layak untuk menerima faedah interim dalam bentuk elaun tunai bagi tempoh
maksimum tiga bulan.

Faedah interim ini dibiayai oleh kerajaan dengan peruntukan sebanyak
RM122 juta yang disalurkan kepada Perkeso (Pertubuhan Keselamatan
Sosial), kata Riot.

Katanya rekod Jabatan Buruh menunjukkan hampir 18,000 pekerja Malaysia diberhentikan tahun ini setakat ini.

Riot berkata SIP yang digunakan di Malaysia adalah berdasarkan skim insurans yang dilaksanakan di Korea Selatan.

Sementara itu, Riot berkata bagi tempoh berakhir September 2017,
Perkeso Sarawak telah membelanjakan RM19.51 juta untuk membayar pelbagai
jenis faedah melibatkan 2,555 kes.

Bilangan majikan yang aktif mencarum di Sarawak pula ialah 37,007
setakat September lalu berbanding 36,680 majikan pada 2016, manakala
bilangan pekerja aktif yang dilindungi bagi tempoh sama ialah 453,102
orang berbanding 470,694 orang pada 2016, katanya.

Caruman yang dikutip bagi negeri Sarawak bagi tahun ini sehingga 30 Nov ialah sebanyak RM6.5 juta, katanya.

Pada majlis hari ini Riot menyerahkan cek kepada enam penerima yang
layak dengan keseluruhan bayaran faedah tunai berjumlah RM110,146.07
termasuk pembekalan peralatan pemulihan kepada empat penerima faedah
Perkeso.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: