February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Keunikan WeMalaysia sebagai pergerakan antarabangsa yang bebas dan tidak menyebelahi mana-mana kepercayaan politik serta bersifat neutral merupakan kunci utama dalam menyatukan rakyat Malaysia semua kaum di seluruh dunia.

Presiden WeMalaysia Australia Muhammad Ali Halim Sirat berkata, ia juga memahami aspirasi negara dan mewujudkan kesepakatan menerusi kempen dan aktiviti yang dijalankan bagi memperkasakan semangat patriotisme di luar negara.

“WeMalaysia semakin dikenali dan mudah diterima ramai kerana falsafah yang dibawa oleh pertubuhan itu sendiri serta hasrat rakyat Malaysia yang menginginkan satu entiti yang tidak bersifat politik dan berperanan untuk menyatukan rakyat Malaysia di luar negara.

“WeMalaysia telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan telah pun melalui fasa pengenalan dan peluasan. WeMalaysia kini berada di fasa pemantapan yang dijangka akan mengukuhkan lagi peranan dan suara WeMalaysia di platform sedia ada.

“Pelbagai program secara kerjasama telah dilaksanakan di setiap fasa dan berorientasikan aktiviti berasaskan pelajar seperti program meet and greet, forum, kerohanian, sukan antara universiti, kesukarelaan, program penghayatan nilai kemerdekaan dan pelbagai lagi,” katanya semasa menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Muhammad Ali berkata demikian di dalam Majlis Majlis Outreach dan Engagement di University of Adelaide dengan kerjasama pelajar dan diaspora Malaysia di Adelaide.

Majlis Outreach dan Engagement WeMalaysia bersama pelajar dan diaspora Malaysia di Adelaide itu diaturkan dan dikelola oleh Koordinator WeMalaysia Adelaide, Oscar Ong dan Noor Azrul Nordin.

BACA: Terima perubahan dasar Kerajaan dalam Bajet 2018 – WeMalaysia BACA: Hari Malaysia: Lebih 3,500 rakyat sertai Solidariti WeMalaysia 2017

Jelasnya, WeMalaysia tidak mewujudkan program sendiri namun bergerak melalui kerjasama bersama persatuan pelajar Malaysia.

“Ia bagi menjayakan aktiviti mempromosi sayang negara dengan memperkasa semangat patriotisme.

Dalam pada itu ketika ditanya adakah beliau ada dipelawa untuk tampil dalam pilihanraya yang akan datang memandangkan trend semasa memperlihatkan muka-muka baru sebagai calon, Muhammad Ali memberitahu.

“Bagi saya pertanyaan ini cukup besar ertinya. Saya menghormati pertanyaan yang dikemukakan dan bersifat terbuka. Keutamaan saya sekarang adalah menolong pelajar dan membantu menjayakan program persatuan.

“Sejak saya menerajui WeMalaysia melalui aktiviti pelajar di luar negara, banyak pengalaman telah saya tempuhi. Buat masa ini, saya lebih selesa mengemblengkan tenaga dan idea melaksanakan misi WeMalaysia dalam memupuk semangat patriotisme dan sayang negara secara berterusan.

“Saya berhasrat untuk memanfaatkan potensi kepimpinan menjurus kepada aktiviti pelajar berbanding bertanding.”

Soalan itu diajukan ekoran pengalaman kepimpinan beliau di peringkat antarabangsa termasuklah pernah berada di Amerika Syarikat.

Justeru, penglibatan aktif beliau mewakili WeMalaysia bukan sahaja di Queensland, malah di Western Australia, Victoria, New South Wales, Australia Capital Territory dan kini di South Australia menyerlah pengaruhnya yang tersendiri.

Katanya lagi, bertandang ke Adelaide adalah sebahagian daripada usaha memenuhi fasa pemantapan WeMalaysia selain mengatur perancangan kolaborasi bersama persatuan pelajar dan diaspora Malaysia di Adelaide untuk tahun 2018.

Dalam pada itu, Penasihat Kedutaan yang juga penghubung antara WeMalaysia dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Faridah Hanum Husain menyifatkan WeMalaysia sebagai satu entiti yang unik.

“Ia amat diperlukan oleh rakyat Malaysia, bukan sahaja di luar negara malahan di Malaysia juga.

“Hasrat dan peranan WeMalaysia dalam menyatukan rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur, berbeza kaum dan agama serta pendapat politik amatlah dihargai dan disanjungi,” ujarnya.

Faridah turut berharap WeMalaysia akan terus maju dalam agendanya serta meluaskan peranannya tidak terhad di luar negara sahaja.

Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia di luar negara agar bijak membezakan cinta negara dengan cinta politik.

“Ia termasuk semua organisasi sama ada badan kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan pelajar di Australia seperti Malaysian Students’ Council of Australia (MASCA), Malaysian Students Organization (MSO) serta lain-lain persatuan diaspora Malaysia di Australia.

“Semua harus terus memberikan sokongan dan kerjasama program-program kesepakatan dan semangat patriotisme Malaysia.

“Hal ini juga penting bagi memastikan hubungan pelajar dan golongan diaspora setiasa dekat dan mesra antara satu sama lain dalam membina perpaduan dan integrasi nasional,” katanya.

WeMalaysia merupakan satu gerakan terbuka yang digerakkan oleh pelajar Malaysia di luar negara.

Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: