February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BARU sebulan, video blog (Vlog) Vivy Yusof di Youtube Channel menerima 65,000 langganan.

Ada apa dengan Vivy Yusof?

Usahawan muda ini memulakan Vlognya yang pertama pada 25 Oktober lalu dengan muat naik yang pertama –  First entry: In my office | Vivy Yusof menerima 159,895 tontonan.

Menurut Vivy, Vlog ini dibuat bagi semua peminat dan pengikutnya mengetahui lebih dalam mengenai dirinya yang sebenar.

“Tiada makeup professional, tiada bulu mata palsu , tiada pakaian yang glamour, tiada majlis-majlis yang besar. Hanya saya di pejabat, di meja saya,” katanya

Vivy yang juga seorang blogger terkenal itu memberitahu, dia mula menulis blog sejak 10 tahun lalu di proudduck.com hingga memperoleh pengikut setia.

Bekas pelajar jurusan undang-undang di London School of Economics and Political Science di England ini turut memberitahu dia memulakan bisnes dalam talian – Fashionvalet sejak tujuh tahun lalu, bersama suaminya, Fadzarudin Shah Anuar.

“Sejak tujuh lalu, kami mempunyai 400 jenama tempatan, dua kedai, kami edar (produk) di serata dunia, saya memulakan jenama saya sendiri – The Duck Group, yang menjadi fenomena di Malaysia,” ujarnya lagi

Bermula dengan tudung, kini The Duck Group mengeluarkan produk kosmetiknya sendiri.

Sehingga kini, Vivy telah memuat naik 15 video yang memaparkan pelbagai cerita termasuk, cara untuk OOTD jika anda malu, pengubahusaian rumah, video bermain permaian bersama anaknya, Daniel – vlog yang paling banyak mendapat tontonan setakat ini, -276,000 dengan 9,000 like.

Selain berkongsi kisah dirinya dan keluarga, Vivy turut berkongsi kisah percutiannya di luar negara.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: