February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



AMMAN : Jutawan Palestin dan ahli perniagaan paling berpengaruh Jordan, Sabih Al Masri dibebaskan selepas ditahan beberapa hari di Arab Saudi.

Beliau yang merupakan Pengerusi Arab Bank yang berpangkalan di Amman ditahan Selasa lalu ketika dia merancang untuk pergi selepas mempengerusikan mesyuarat syarikat yang dimilikinya.

Pihak berkuasa Saudi tidak mengulas mengenai penahanannya namun ia dilakukan ketika pembersihan besar-besaran oleh kerajaan Saudi terhadap isu rasuah.

Jelas sumber, beberapa pihak telah menasihati Masri supaya tidak melancong ke Arab Saudi selepas penangkapan besar-besaran dilakukan sejak awal November lalu.

Penahanan Masri itu mengejutkan pemain industri perniagaan di Jordan dan wilayah Palestin.

Masri berkata bahawa beliau akan kembali ke Jordan selepas mengadakan mesyuarat perniagaan minggu ini.

“Semua dalam keadaan baik dan saya gembira (dibebaskan). Saya diberikan ‘penghormatan’ oleh semua masyarakat di sini,” katanya.

Menurut seorang yang dipercayai saudara Masri di Amman Jordan berkata, jutawan itu berada dalam keadaan sihat.

Masri merupakan seorang ahli perniagaan dari keluarga saudagar terkemuka dari Nablus di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Masri mengumpulkan kekayaan menerusi bekerjasama dengan Saudi yang berpengaruh dalam perniagaan katering untuk membekalkan tentera semasa operasi ketenteraan pimpinan Amerika untuk merebut semula Kuwait dari Iraq pada Perang Teluk 1991.

Beliau adalah pengasas Saudi Astra Group, mempunyai kepentingan luas dalam pelbagai industri iaitu dari agro-industri hingga ke telekomunikasi, pembinaan dan perlombongan di seluruh rantau itu.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: