February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


LANGKAH kerajaan terpaksa membatalkan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah adalah kerana protes serta kemarahan orang ramai.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malahan memberitahu, penarikan semula sistem berkenaan tidak ada kaitan dengan politik sebagaimana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

“Pembatalan itu adalah setelah adanya protes. Bukan hanya syarikat pelancongan yang kendalikan umrah (bantah) tetapi juga badan NGO termasuk Pemuda UMNO dan individu termasuk ulama,” kata Ahmad Zahid.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Ahmad Zahid mengulas Naib Presiden PAS, Idris Ahmad yang berharap pembatalan itu kekal dan bukan semata-mata umpan untuk tarik semula sokongan orang ramai kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

“Apakah tindakan pembatalan IMAMS buat selama-lamanya atau kerana PRU sudah dekat? Adakah syarikat yang dijanjikan untuk faraid sesama mereka boleh batal begitu sahaja?” soal Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Menjawab pertanyaan pemimpin PAS Pusat tersebut, Ahmad Zahid menolak dakwaan konon pembatalan IMAMS adalah antara gimik politik Barisan Nasional yang diterajui UMNO bagi menghadapi PRU ke14 kelak.

Ujar beliau, isu pelantikan jawatan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) IMAMS yang secara kebetulan bukan beragama Islam juga harus dititik berat kerana penyandang sepatutnya Muslim, sekali gus menepati konsep patuh syariah.

“Saya tidak fikir adanya unsur politik dalam perkara ini. Tapi saya menghidu ‘bau yang tidak enak’ jika ada yang mengambil peluang terutama apabila CEO yang tak pernah mengerjakan umrah untuk menjadi CEO,” katanya lagi.

Semalam, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan pembatalan IMAMS selepas mengambil kira bantahan pelbagai pihak, sehari selepas dilancarkan secara rasmi.

Pembatalan dramatik itu dibuat berikutan pelbagai masalah termasuk menimbang semula kadar cukai barang dan perkhidmatan yang dikenakan kepada jemaah umrah dan bantahan pelbagai pihak. 

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: