February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



ALASKA: Kebanyakan lapangan terbang di dunia seringkali dilaporkan berdepan masalah menangani kehadiran ribuan ekor burung.

Tetapi lain pula cerita di lapangan terbang Wiley Post–Will Rogers Memorial di Alaska yang kini berdepan dengan kehadiran beruang kutub yang dipercayai kelaparan mencari makanan.

Menerusi laporan APTN, baru-baru ini dua ekor beruang kutub dirakam berkeliaran di landasan kapal terbang lapangan terbang berkenaan.

BACA: Pemanasan global sebabkan beruang kutub makin ‘ramping’?

Aksi dua ekor dua ekor beruang kutub berkenaan dirakam oleh Scott Babcock yang merupakan salah seorang petugas di lapangan terbang tersebut.

Semasa aksi itu dirakam, Babcock sedang melakukan pemeriksaan di landasan pada awal pagi dan dua ekor beruang kutub itu dilihat melarikan diri apabila terserempak dengannya.

Babcock berkata, kesemua petugas di sana tidak dibenarkan mengejar haiwan tersebut kerana haiwan itu tergolong dalam kumpulan mamalia marin yang dilindungi.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: