February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MOMENTUM semasa sokongan rakyat, termasuk sekurang-kurangnya 30 peratus pengundi Cina terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak, memungkinkan Barisan Nasional (BN) ditunjangi UMNO memenangi sekurang-kurangnya 150 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jika menjadi kenyataan, ia bakal menyaksikan BN kembali meraih kemenangan majoriti dua pertiga seperti PRU-11 pada 2004.

Penganalisis politik, Prof Dr Hoo Ke Ping, berkata untuk lebih selesa, kerjasama UMNO dan PAS perlu diterjemahkan pada PRU akan datang, walaupun perkara itu sering disanggah pelbagai pihak khususnya pimpinan tertinggi PAS.

“Kerjasama tidak rasmi dan ‘tanpa rekod’ antara UMNO dan PAS sejak empat tahun lalu bakal mewujudkan peluang kemenangan sekurang-kurangnya di 120 kerusi Parlimen.

“Ia mungkin berlaku, walaupun pakatan pembangkang menampilkan pelbagai cara, termasuk taktik kotor dan kejutan yang dimomokkan pemimpin DAP.

“Dengan kerjasama dua parti Melayu itu, lebih 50 peratus daripada 130 kerusi Melayu boleh ditawan, walaupun di kawasan berlaku pertembungan tiga penjuru atau lebih, sekali gus memperlihatkan PAS menjadi faktor terpenting pada PRU akan datang,” katanya.

Jamin lebih 170 kerusi Parlimen

Menerusi kerjasama UMNO dan PAS, katanya, BN dijangka mampu menjamin lebih 170 kerusi Parlimen. Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya UMNO, PAS dijangka menawan 120 kerusi Parlimen di Semenanjung, selain 25 kerusi di Sarawak, Sabah (6), MCA/GERAKAN (20) dan MIC (6).

“Sejarah keputusan PRU-13 yang menyaksikan BN hanya memperoleh 133 kerusi Parlimen, termasuk 88 kerusi milik UMNO tidak mungkin berulang.

“Saya yakin keputusan akan lebih baik jika mengambil kira pelbagai faktor khususnya PAS tidak lagi bekerjasama dengan gabungan pakatan pembangkang diterajui DAP, selain faktor pengundi Cina yang kembali menyokong BN,” katanya.

Sabtu lalu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, mengingatkan UMNO supaya tidak mudah selesa jika berdepan pertembungan tiga penjuru atau lebih pada PRU akan datang.

Parti perlu bersedia

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu dilaporkan berkata, parti juga perlu bersedia berdepan taktik kejutan serangan pada saat akhir (SLMA) pembangkang.

Kali terakhir BN memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga pada 2004 dan gagal mempertahankannya pada 2008 dan 2013.

Ke Ping berkata, peringatan Timbalan Perdana Menteri itu lebih menjurus kepada motivasi untuk jentera pilihan raya bersiap sedia, sekali gus mengelak petugas di akar umbi berada dalam zon selesa.

Katanya, kerjasama dengan PAS akan memastikan kawasan itu tidak jatuh ke tangan pakatan DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara.

“Jika dilihat pada sejarah PRU 1999, tidak sampai 50 peratus kawasan menyaksikan pengundi Melayu menolak UMNO. UMNO akan tetap menang sekurang-kurangnya 95 kerusi, walaupun tanpa kerjasama dengan PAS.

“Berdasarkan hampir 60 peratus pengundi Cina kembali menyokong BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, di samping 20 hingga 30 peratus di lima Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini, BN dijangka menang besar walaupun pembangkang membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: