February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


JOHOR BAHRU: Enjin lokomotif kereta api, yang membawa penumpang dari Johor Bahru ke Gemas, terbakar di KM1 Jalan Renggam-Kluang, dekat Kluang, malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Penolong Kanan Penguasa Bomba Akob Sidek berkata pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran lokomotif  ‘Megat Terawih 24125’  Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu pada 8.21 malam.

Bomba menerima laporan mengenai kebakaran lokomotif  'Megat Terawih 24125'  Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu pada 8.21 malam. - Foto JBPM Johor

“Tiga jentera bersama seorang pegawai dan 11 anggota digegaskan memadam kebakaran. Api dapat dikawal pada 8.54 malam tadi sebelum operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada 9.37 malam,” katanya semasa dihubungi hari ini. Beliau berkata kebakaran itu memusnahkan 50 peratus daripada bahagian enjin lokomotif kereta api itu dan punca kebakaran sedang disiasat.

Menurutnya kebakaran itu tidak menyebabkan kecederaan kepada penumpang dan kakitangan KTMB kerana hanya membabitkan bahagian enjin dan tidak merebak ke bahagian gerabak lain. 

“Tindakan pantas diambil dengan memutuskan lokomotif yang sedang terbakar itu dengan gerabak lain di Stesen KTMB Kluang.

Kebakaran itu memusnahkan 50 peratus daripada bahagian enjin lokomotif kereta api itu dan punca kebakaran sedang disiasat. - Foto JBPM Johor

“Jarak antara enjin kereta api terbakar dengan gerabak lain yang diduduki penumpang adalah kira-kira 300 meter,” katanya.

Ketua  Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham ketika dihubungi hari ini turut mengesahkan kejadian itu.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: