February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KANGAR: Kerajaan Perlis akan menganjurkan program “Fun With English” (FWI) bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris bermula tahun depan.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata, tahap penguasaan subjek berkenaan dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini agak lemah dan ia perlu ditambah baik.

“Ini adalah inisiatif kerajaan negeri dalam membantu pelajar menguasi bahasa yang sangat penting,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kelengkapan sekolah sumbangan Cement Industry of Malaysia Berhad (CIMA) dan UEM Group Berhad di sini, pada Ahad.

Seramai 400 pelajar terpilih di negeri ini menerima sumbangan berbentuk, pakaian, kasut, alatulis dan beg sekolah.

Beliau berkata untuk melaksanakan program FWI, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perlis.

Katanya, selain FWI, kerajaan negeri turut merancang pelbagai program lain ke arah menambahbaik mutu pendidikan negeri ke arah melahirkan modal insan cemerlang.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: