February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: BEBERAPA jam lagi, juara keempat program Gegar Vaganza akan diumumkan.

Enam peserta akhir iaitu, Aishah, Hazami, Liza Hanim, Firman, Lan Solo dan Tia Jinbara,masing-masing kini tentunya sudah bersedia memberikan persembahan terbaik.

Berdasarkan pemerhatian di Facebook Astro GEMPAK, dapat disimpulkan Hazami dan Aishah merupakan peserta kegemaran ramai.

Majoriti komen yang ditulis mengharapkan salah seorang daripada dua bintang ini akan bergelar juara.
Bukan sesuatu yang mengejutkan kerana baik Hazami mahupun Aishah, kedua-duanya cukup konsisten sepanjang tujuh minggu pertandingan berlangsung.

Peminat Liza Hanim, Lan Solo, Firman dan Tia Jinbara juga tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada penyanyi kesayangan mereka.

Bertemakan ‘Solo & battle’, kesemua peserta bakal berentap dengan menyampaikan dua buah lagu tugasan, termasuk satu segmen yang mana peserta dikehendaki untuk bertarung dalam satu sesi battle.

Juara bakal membawa pulang wang RM100,000 dan trofi, di samping beberapa lagi hadiah lain.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: