February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KONSERT akhir GegarVaganza 4 (GV 4) menyaksikan Aishah dinobatkan sebagai juara.

Aishah telah menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 81 peratus.

Kesemua bintang diadili secara adil oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Khadijah Ibrahim.

BACA: Aishah juara GV 4

BACA: Air mata bonda buat Aishah di GV 4

Sementara itu, Aishah juga diumumkan sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu markah penuh konsert akhir GV4 yang bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor sebentar tadi.

Di bawah merupakan markah penuh finalis GV 4:

1.Aishah – 81%
2.Liza Hanim – 79%
3.Lan Solo – 70.4%
4.Hazami – 70%
5.Firman Siagian – 69%
6.Tia Jinbara – 66%

GV4 disiarkan secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara ‘live streaming’, klik —> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Teks oleh: Mya Amri



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: