February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: ‘Biarlah Tabung Haji sahaja yang menguruskan apa-apa perkara berkaitan umrah dan haji, maknanya tak adalah penipuan terhadap pengguna berlaku.’

Itu pengakuan jujur yang disuarakan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika ditanya kesan pembatalan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada petang Sabtu.

BACA: Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan

BACA: PAPUH bantah pelaksanaan IMAMS

BACA: Pembatalan IMAMS bagi permohonan visa umrah langkah tepat – Najib

Jelas beliau, Tabung Haji merupakan satu-satunya institusi yang harus diyakini selain sudah terbukti menyediakan perkhidmatan cemerlang dalam memberikan perkhidmatan mahupun menguruskan jemaah haji dan umrah secara profesional.

Katanya, pengguna melahirkan rasa kecewa kerana syarikat yang dilantik difikirkan akan meraih keuntungan sahaja.

“Tabung Haji mampu dan ada kuasa, antara sebab orang marah seolah-olah melihat keuntungan itu diberi kepada sebuah syarikat yang agak kelabu sikit dia punya kedudukan itu yang menaikkan kemarahan pengguna yang berkaitan dengan amalan Islam atau amalan Rukun Islam, maknanya amalan Islam itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau yang mengakui dihujani ratusan panggilan telefon oleh agensi-agensi umrah dan pelancongan selain pengguna sendiri menyifatkan tindakan pantas yang diambil oleh kerajaan harus dipuji kerana menitikberatkan hak pengguna.

“Saya terima ratusan panggilan telefon, ada yang mengamuk gara-gara pelaksanaan IMAMS, reaksi yang saya terima semuanya negatif ,” katanya lagi.

Dalam nada yakin, beliau berkata, apa-apa perkara yang berkaitan melibatkan umat Islam, harus dirujuk kepada pemegang kepentingan (stakeholder) terlebih dahulu.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: