February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah mengingatkan pegawai Persekutuan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) yang berkhidmat di negeri itu, supaya patuh dengan
dasar dan garis panduan ditetapkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sultan
Sharafuddin bertitah, pegawai JAKIM perlu memberi ketaatan dan
kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada baginda selaku Ketua Agama Islam,
di Selangor sepanjang tempoh berkhidmat walaupun menerima gaji dan
elaun daripada Kerajaan Persekutuan.

Baginda
turut bertitah semua perkara berkaitan hal ehwal Agama Islam negeri
terletak sepenuhnya, di bawah kuasa pertimbangan baginda.

“Beta
ingin mengingatkan JAKIM yang bertindak sebagai badan agama di peringkat
Persekutuan hanya berfungsi selaku agensi pusat yang berperanan
menyelaras perkara berkaitan agama Islam antara negeri, di Malaysia.

“Setiap
satu dasar berkaitan agama Islam daripada JAKIM sebagai contohnya isu
persijilan halal, zakat, pemakaian sesuatu fatwa, wakaf dan sebagainya
yang ingin dilaksanakan di negeri ini perlu merujuk kepada MAIS terlebih
dahulu.

“MAIS
sebagai badan penasihat agama Islam kepada Beta sebelum perkara ini
diangkat untuk dilulus dan dilaksanakan,” titah baginda.

Baginda
bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota
MAIS bagi sesi 2018-2020 dan Majlis Santapan Tengah Hari Bersama Imam
Masjid-masjid Seluruh Negeri Selangor, di Istana Alam Shah, Klang, hari
ini.

Pada majlis sama, baginda turut berkenan menerima wakaf RM5
juta daripada Kerajaan Negeri bagi pembinaan Masjid Denai Alam, Shah
Alam.

Selain itu, Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS) turut memberi tanah wakaf seluas 10 ekar bernilai RM74
juta khas bagi pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Selangor.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: