February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SUAMI sepatutnya menjadi tempat bagi isteri untuk berlindung, tetapi zaman kini tersasar sungguh peranan sebenar suami dalam institusi rumah tangga.

Hari demi hari, pelbagai perkongsian hiba dan duka yang dikongsikan oleh para isteri yang sudah tidak tahu ke saluran manakah untuk meluahkan rasa sedih yang bersarang di hati akibat sikap si suami.

Menerusi sebuah perkongsian di akaun Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT), seorang netizen telah menceritakan pengalamannya melihat sendiri bagaimana seorang wanita dimalukan suaminya sendiri di tempat awam hanya kerana barangan dapur yang dibelinya melebihi bajet.

Perkongsian ini sudah tular di media sosial dengan lebih 4800 reaksi di Facebook sejak semalam (Jumaat).

Berikut kisahnya:

“Assalammualaikum admin. Saya tiada masalah rumah tangga. Cuma nak berkongsi satu kejadian di depan mata.

Begini, tengah hari tadi saya pergi belanja barang dapur di shopping mall The Mines, Serdang. Selepas saya memilih barangan dapur, saya pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Ketika sedang menunggu giliran, di depan saya ada satu pasangan suami isteri bersama dengan dua orang anaknya. Seorang masih bayi dan yang seorang lagi anaknya lebih kurang sebaya dengan anak saya.

Saya terkejut apabila juruwang itu kata mereka kena bayar RM275. Saya dengar dengan jelas. Tahu apa jawapan si suami?

“Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!” si suami menengking isterinya di depan orang ramai.

Masa insiden itu berlaku, di belakang mereka ada dalam lima orang termasuk saya yang sedang menunggu giliran membuat pembayaran. Saya tengok wajah si isteri merah padam menahan rasa malu.

Selepas itu si suami terus menghulur duit RM150 dan terus pergi tanpa mempedulikan isteri dan dua orang anaknya. Si isteri terus memberitahu juruwang itu yang duitnya tidak cukup untuk membuat pembayaran. Dia letak barang-barang lain dan hanya mengambil beras, pampers, susu dan telur sahaja.

Saya kasihan melihat dia, lalu saya cakap pada dia, “Akak ambil saja, biar saya yang bayar bakinya.” Pada awalnya dia tidak mahu dan kata, “Takpe dik,”. Saya paksa juga dia menerima sebab di belakang ada ramai yang sedang menunggu giliran untuk membuat pembayaran. Dengan rasa berat hati, dia mengambil barang-barang itu semua.

Hati saya rasa sedih melihat insiden yang berlaku di depan mata. Saya tak sampai hati tengok anak-anak dia. Tanpa sedar air mata saya mengalir pada masa itu. Mungkin di dalam hati dia juga menahan kesakitan dan rasa malu dimaki dan ditengking oleh suaminya di depan orang ramai.

Saya nak sampaikan kepada lelaki di luar sana, jangan kau memalukan isteri di depan orang ramai. Jangan kau hina dia. Sebaliknya hargailah isteri kerana nafkah sesungguhnya adalah tanggungjawab suami.

Itu saja yang saya nak kongsikan. Sampai sekarang saya masih teringat akan insiden itu. Alhamdulillah, suami saya baik dan cukup dalam memberi nafkah kepada saya dan anak-anak. Terima kasih min.”

Dalam pada itu, netizen turut menyuarakan pendapat mereka tentang kisah ini, dan majoriti daripada mereka berang dan sedih ke atas apa yang menimpa wanita tersebut.

Atika Ariffin Farook Bakar: “Tu la laki.. klau berbelanja semua harap kn bini.. cuba ko bagai laki.. sbgai ketua keluarga.. ko yg berbelanja.. ni bini dah amik itu ini ko tengking plak.. ko ingat klau bini ko shopping die beli barang die ke.. slalu nye x taw.. bini ko cnfrm beli keperluan ko n ank2 ko je. . Ape bini nak semua di pendam je taw.. ni la.. jenis jantan dayus.. kawin taw.. buat ank taw.. tanggungjwb tunggang langgang… cuba la ko sama2 beli barang ngan bini.. ni x.. bnyk nye.. bini beli barang ko sedap main game kat hp.. terlebih bajet taw plak mengamuk.. sakit nye aty aku..hmm”

Roslena Abdol Karim: “Ya Allah ya tuhanku… dipagi jumaat yg penuh barakah ini… saya pon turut sedih dgn cerita saudari…bergenang airmata saya membacanya… alangkah zalimnya sisuami… namun saya mengucapkan syukur kerana saudari dpt mmembantu si isteri tersebut…. semoga bertambahla rezeki saudari… aamiin….”

Auni Mikaiel: “Masa ambk brg tu ko xtgk ke jantan?sampai masa nak byr baru ko mrh bini tu?ni mesti kes xtgk n x ssma2 carik brg la ni..bodoh amat..klu xckup duit,bgtau bini tu awal2.ambk yg pnting2 je.”

Sedih benar kami membaca cerita pengikut akaun KRT ini.

Kalau ya pun tiada duit, janganlah ditengking si isteri sehingga mengeluarkan gelaran yang menghina di hadapan orang ramai! Apatah lagi, perbuatan itu dilakukan di hadapan anak-anak yang masih kecil.

Diharapkan para suami mengambil iktibar daripada kisah ini dan lebih celik emosi apabila berkomunikasi dengan isteri!-MYNEWSHUB



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: