February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MSO


Kejadian jemaah tidur di lobby hotel disebabkan
ketiadaan bilik gara-gara travel agen biasa berlaku.

Pelaksanaan apa dinamakan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu
(IMAMS) yang akan mengendalikan urusan pengeluaran visa umrah dan ziarah
di negara ini telah menimbulkan pro-kontra dan menjadi polemik di dalam
media sosial. Menerusi sistem itu semua visa umrah dan ziarah akan
diuruskan secara tunggal oleh badan berkenaan menerusi sistem itu.

Rasional yang diberikan oleh Kementerian Pelancongan (KPK) yang
bertanggungjawab membenarkan sistem ini wujud, ialah untuk
menambah-baikan urusan pengeluaran visa juga kebajikan jemaah
mengerjakan umrah dan ziarah. Namun awal-awal sudah ada kecurigaan
sejauh mana alasan dan hujah itu benar dan boleh dipercayai?
Beberapa persoalan muncul apabila sistem baru
dilancarkan itu dan akan berkuat kuasa 18 Disember 2017 ini, antaranya
mengenai pemilik atau anggota lembaga badan itu sendiri (IMAMS). Apakah
ianya dipunyai atau diduduki oleh orang Islam sepenuhnya atau
sebaliknya? Ada pertikaian mengenal hal ini.

Dan apabila jemaah ditipu makan tepat untuk
bergantung harap ialah pemberian sabil. 

Sebelum sistem ini dilancar KPK seharusnya menjelas dan mengumumkan
anggota pengarah dalam IMAMS ini agar ia tidak menjadi pertikaian dan
mengelirukan. Penjelasannya hendaklah telus agar ia dapat mengelak
sebarang persepsi ia diwujudkan atas motif politik untuk memberi
kelabaan kepada kroni?

Bukan itu sahaja rasional ia diwujudkan dan juga kebaikan-kebaikan yang
akan diperolehi dengan adanya sistem ini yang mana sebelum ini terdapat
pelbagai masalah dalam urusan jemaah umrah negara ini.

Selebih dari itu, kewujudan sistem ini juga menjadi pertikaikan apabila
semua syarikat mendapat lesen (KLU) dibawah KPK untuk menguruskan visa
umrah dan ziarah perlu membayar sebanyak RM45.00 campur RM2.70 cukai GST
ke atas setiap pemohon visa diuruskannya. Apakah ia bermaksud syarikat
(agensi) akan membayar tanpa dikenakan cukai balas kepada setiap jemaah?

Selain itu juga, menerusi sistem ini, insuran perlindungan yang hendak
diambil oleh jemaah dikenakan bayaran sebanyak RM85.00 bersama cukai GST
sebanyak RM5.10 perorang. Dalam satu kenyataan KPK menjelaskan setiap
jemaah tidak perlu membayar lebih daripada ditetapkan sebanyak RM90.10?

Kalau diteliti kepada peraturan ini ada dua bentuk bayaran “tambahan”
yang dikenakan terhadap setiap jemaah menerusi sistem ini yang mana
tidak wujud sebelum ini. Bayaran itu difahamkan ia akan dibayar oleh
syarikat atau travel agen mengenalikan umrah, tetapi apakah apabila ia
dilaksanakan hakikat itu jadi sebaliknya. Bahawa tiada lagi bayaran
tambahan yang tersembunyi dibuat yang bakal membebankan jemaah?

Munasabahnya apabila syarikat atau agensi telah terbeban, tidak boleh
tidak, mereka akan berkongsi dengan jemaah. Atas nama “kebajikan
komersial” mereka akan melakukannya. Justeru kenyataan dan jaminan oleh
KPK itu tidak boleh dipercayai apa lagi berdasarkan pengalaman lepas.

Misalnya mengenai kesan pelaksanaan cukai GST, seorang timbalan menteri
(sebut saja namanya Ahmad Maslan) pernah membuat kenyataan apabila cukai
GST dilaksanakan harga barang akan turun. Apa yang berlaku sebaliknya,
harga barang melambung-lambung, naik macam belon ditiup angin. Kan itu
sudah pembohongan hangit.

Sudah dipastikah apabila segala terma dalam sistem ini dilaksanakan
nanti kadar itu kekal atau pun akan ada tambahan-tambahan lain
tersembunyi yang tidak diumumkan. Perlu disedari jemaah umrah dan ziarah
akan sanggup membayar berapa sahaja keperluan diminta apa lagi bila
diminta pada saat-saat akhir atau semasa sudah berikhram di tanah suci
demi mereka dapat mengerjakan umrah dengan sempurna. Kalau (perangkap)
ini terjadi ia sungguh malang dan boleh dianggap sebagai satu bebanan
dan penganiayaan kepada jemaah umrah.

Sistem itu bukan lagi untuk menambah baik tetapi menambah beban jemaah
yang sudah pun terbeban secara tanpa sedar dilakukan oleh travel agensi
sepanjang perjalanan umrah dan ziarah.

Janganlah pihak IMMAS atau kementerian sendiri mahu mengambil kesempatan
atas perkara ini. Cukuplah dengan kezaliman yang ada terhadap marhaen
jangan tambah lagi. Mohammed Nazri Aziz selaku menteri harus membuat penyelidikan sedalam boleh bagi memastikan tidak berlaku penganiayaan.

Dan jikalau mewujudkan IMMAS itu hanya untuk memberi peluang pekerjaan
dan kewangan kepada segelintir orang (kroni) ia sangatlah malang dan
kejam. Ada cerita-cerita mengatakan IMMAS itu didalangi oleh bekas wakil
rakyat Umno dan anggota lembaga pengarahnya bukan Islam?

Dalam ekonomi negara tidak menentu kini, sepatutnya kerajaan khasnya KPK
berfikir macam mana mengurangkan kos umrah dan ziarah serta memberi
perjalanan terbaik bukannya menambahkan beban. Perjalanan umrah dan
ziarah yang baik oleh rakyat negara ini juga menjadi aset kepada
kesejahteraan negara. Bukankah semasa jemaah di Makkah dan Madinah
mereka juga turut berdoa untuk kesejahteraan negara.

Kerana pelancaran sistem itu sudah menjadi kalut dan ia juga mendapat
bantahan oleh agensi pengendali umrah dan ziarah elok kalau KPK mengkaji
balik kesan dan impilikasinya. Janganlah KPK melihat kerana jumlah umat
Islam negara ini ratusan ribuan dalam setahun ke tanah suci maka
peluang diambil untuk menahan lukah di pergentingan bagi menceduk wang
mereka.

Tahun depan dianggarkan sebanyak 300,000 rakyat negara ini akan
mengerjakan umrah dan ziarah. Dari jumlah itu dipercayai puluhan juta
dapat dipungut secara mentah. Ini tidak termasuk RM10,000 yang ambil
daripada syarikat kendali umrah berjumlah kira-kira 83 buah. Wang jemaah
umrah dan ziarah adalah wang yang disaring dengan penuh kemurnian
sepatutnya ia dicermati betul-betul untuk disonglap macam wang 1MDB itu.

Daripada cuba menyeksa jemaah dengan sistem itu, sepatut KPK bangkit
membenteras dan mengenal pasti kejadian-kejadian yang dihadapi oleh
jemaah umrah dan ziarah yang tertipu atau dipermainkan oleh agensi.
Apakah KPK tahu bahawa disebabkan kerenah individu dan juga agensi
pengendalinya meyebabkan jemaah menjadi mangsa penipuan melibatkan
kerugian wang jutaan ringgit.

Berbagai-bagai masalah dihadapi jemaah di sepanjang tahun dilaporkan
kerana syarikat pengendali tidak berintegriti atau pun mempunyai modal
cukup mengendalikan umrah. Sering berlaku jemaah tersadai semasa di
Makkah dan Madinah kerana ketiadaan hotel dan kenderaan. Bukan itu
sahaja ada juga syarikat yang diberikan lesen khas untuk menguruskan
umrah dan ziarah (LKU) bertindak menjual visa tetapi tidak menguruskan
pemergian jemaah sendiri kerana diserahkan kepada pihak lain.

Dalam kata lain syarikat berkenaan sudah tidak amanah dan telah menyalah
gunakan kebenaran itu dengan mendapat untung tanpa memikul
tanggungjawab yang diikrarkan.

Apabila urusan umrah dan ziarah dilakukan oleh individu yang tidak
berpengalaman, berintegriti maka berlakulah penganiayaan, jemaah ditekan
dan dipaksa membuat bayaran lebihan. Ada jemaah dikapor sepanjang masa
apabila sudah berada di Makkah dan Madinah.

Selain itu ada juga jemaah terkandas di Makkah dan Madinah kerana hotel
dan kemudahan kenderaan dijanjikan gagal disiapkan. Di sinilah berlaku
penganiayaan sehingga ada jemaah terpaksa menelefon waris warah dan
kawan sobat di tanah air untuk membantu mereka.

Kejadian seperti ini tidak diketahui oleh syarikat diberikan lesen
menguruskan visa itu, tetapi kerana mereka memegang lesen LKU mereka
harus bertanggungjawab dan boleh dipersalahkan. Syarikat-syarikat
berkenaan seharusnya tidak melepas tangan selepas mendapat wang bayaran
visa yang diproseskan tetapi juga perlu bertanggungjawab di sepajang
perjalanan umrah tersebut.

Kes-kes sebeginilah yang patut diberi perhatian oleh KPK sebagai
kementerian bersangkutan dengan umrah dan ziarah (pelancongan), bukannya
mereka-reka sistem untuk menambahkan lagi beban “asrama” kepada jemaah
seperti IMMAS itu.

Peraturan atau sistem yang sedia ada sudah mencukupi kalau KPK berasa
bertanggungjawab untuk membantu jemaah agar sempurna. Yang penting bukan
sistem tetapi penguatkuasan. Mana-mana syarikat yang tidak menunjukkan
wibawa mereka dalam pengendalian umrah dan ziarah hendaklah dibatalkan
terus lesen mereka tanpa kompromi kerana penipuan kepada jemaah umrah
dan ziarah adalah perbuatan paling keji lebih zalim dari perbuatan Abu
Jahal dan Abu Lahab.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: