February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



TEGUCIGALPA, Honduras: Enam terbunuh termasuk kakak  kepada Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez dalam nahas helikopter yang terhempas pada Sabtu, lapor pihak tentera negara itu.

Hilda Hernadez, 51, adalah juga penasihat kepada abangnya yang kini bergelumang dengan ketidaktentuan politik selepas selesai pilihan raya negara itu pada 26 November lalu.

Hilda sebelum ini adalah bekas setiausaha komunikasi kepada kerajaan.

Usaha untuk mencari bangkai helikopter jenis  Eurocopter AS350 Ecureuil itu digerakkan sejurus mendapat laporan nahas dan apabila ditemui tiada penumpang yang didapati selamat.

Pihak tentera kini sedang menjalankan siasatan berhubung punca nahas terbabit.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: