February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Malaysia bertekad mahu mengulangi pencapaian muncul juara pada Kejohanan Bola Jaring Asia 2018, sekali gus melayakkan diri ke Piala Dunia 2019 di Liverpool, England.

Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) Datuk Suraya Yaacob berkata pasukan negara perlu sekurang-kurangnya mara ke final pada kejohanan itu yang bakal berlangsung di Singapura, September depan.

“Saya jangkakan cabaran sengit daripada pasukan tuan rumah, Singapura dan Sri Lanka. Namun saya harap pasukan negara yang berjaya meraih pingat emas pada Sukan SEA 2017 bersedia menghadapi cabaran pada kejohanan Asia itu.

“Kita mahu mereka teruskan perjuangan sehingga peringkat tertinggi, tidak terhenti hanya pada Sukan SEA,” katanya kepada pemberita ketika sesi bertemu peminat bersama pasukan bola jaring kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini pada Sabtu.

Suraya turut menjelaskan persatuan berkenaan juga sudah menghantar surat bagi memanggil pemain bagi membentuk pasukan negara sebagai persediaan ke Kejohanan Bola Jaring Asia itu.

Dalam perkembangan lain, katanya persatuan akan mendapatkan khidmat jurulatih asing bagi membimbing skuad negara selepas kontrak Stacey Robinson berakhir Ogos lalu.

Beliau berkata pihaknya akan menemuduga beberapa jurulatih dari Australia bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Katanya senarai penuh pemain dan jurulatih dijangka diumumkan selewat-lewatnya Februari depan.

PBJM sebelum ini melantik Choo Kon Lee sebagai jurulatih sementara kerana masih berunding untuk mendapatkan sentuhan jurulatih baharu dari Australia.

Untuk rekod, pada Kejohanan Asia 2016 di Bangkok, Malaysia di bawah kendalian Stacey Robinson menamatkan kemarau 31 tahun apabila muncul juara peringkat benua disusuli meraih pingat emas Sukan SEA 2017.

– BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: