February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BEIRUT: Seorang pegawai kedutaan Britain di Lubnan ditemukan mati di tepi jalan oleh pihak berkuasa di negara terbabit pada Ahad.

Hasil siasatan mendapati, terdapat kesan tali pada leher mangsa Rebecca Dykes, 30, dipercayai akibat dijerut menyebabkan mangsa mati tercekik.

Bagaimanapun, pihak penyiasat tidak menolak kemungkinan mangsa diserang secara seksual oleh suspek.

Kematian mengejut itu disahkan pejabat luar Britain di London.

Dalam satu kenyataan, keluarga mangsa meminta agar pihak media menghormati privasi mereka buat masa ini.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: