February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Selesai sahaja Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan baru – baru ini, terdengar juga desas desus dikalangan rakan – rakan mengenai tarikh Pemilihan UMNO. Ramai juga yang tertanya – tanya.

Jika sebelum ini, spekulasi hanya dibuat mengenai tarikh PRU yang dikatakan bakal diadakan tidak berapa lama lagi. Ramai yang menganggarkan PRU akan dibuat pada bulan Mac 2018.

Tapi, tak kurang juga ada dikalangan rakan – rakan yang mengatakan bahawa Pilihan Raya Umum itu akan dilansungkan pada bulan Jun 2018 iaitu selepas tamat tempoh bagi Penggal ke 13 nanti.

Namun disebalik bual bicara mengenai tarikh Pilihan Raya Umum itu, tak kurang juga ada dikalangan sahabat – sahabat yang bertanyakan mengenai tarikh pemilihan parti akan diadakan.

Ada yang kata tahun 2018. Dan ada juga yang kata tahun 2019. Semua itu hanya sekadar spekulasi yang menjadi tanda tanya dikalangan ahli UMNO. Nak pulak bagi mereka yang sibuk nak bertanding.

Kata mereka, kalau ikut logiknya, pemilihan parti itu perlu diadakan setidak – tidaknya dalam tahun 2018 seperti mana yang telah diumumkan oleh pucuk pimpinan parti sebelum ini.

Namun, bagi sesetengah pendapat, sekiranya pemilihan parti itu nak diadakan dalam tahun yang sama dengan PRU, keadaan itu akan merencatkan gerak kerja parti dipelbagai peringkat.

Mana tidaknya. Sudah tentu fokus untuk menang dalam PRU itu akan dibuat sambil lewa dan ramai dikalangan calon hanya akan menumpukan kepada usaha nak berkempen bagi diri sendiri.

Maka sebab itu ramai dikalangan ahli UMNO berharap supaya pemilihan parti itu diadakan pada tahun 2019 berdasarkan kepada keadaan Politik semasa yang agak kritikal pada ketika ini.

Bagi mereka, sekiranya pemilihan parti itu diadakan pada tahun 2019, maka sudah pasti hasrat YAB Perdana Menteri selaku Presiden UMNO yang mahu ahli parti menumpukan kepada kemenangan Barisan Nasional dalam PRU ke 14 dapat direalisasikan!!!




Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: