February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



JOHOR BAHRU: Pemilik syarikat perancang perkahwinan sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menipu seorang pelanggannya hingga kerugian RM5,000 pada Mac lepas.

Bagaimanapun, Zurina Ahmad Zundi, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mengikut pertuduhan, Zurina didakwa memperdayakan Erhana Nur Asyariqah Saidon, 25, dengan menawarkan pakej perkahwinan murah hingga menyebabkan mangsa membuat pembayaran berjumlah RM5,000 ke dalam akaun CIMB milik tertuduh.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Jasa 7, Taman Mutiara Rini, Skudai di sini pada Mac lepas.

Zurina didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 terhadap tertuduh.

Zurina, yang tidak diwakili peguam merayu supaya jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia baru sahaja membayar wang jaminan bagi kes lain selain sedang berusaha untuk menjual barangan perniagaan bagi melangsaikan hutang para pelanggannya.

Majistret Mohd Azlan Shah membenarkan Zurina dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 10 Januari depan.

Pada 20 November lepas, Zurina dituduh memperdayakan seorang wanita hingga mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM8,500 sebagai bayaran pendahuluan bagi kos upah pakej perkahwinannya yang berlangsung pada 16 Sept lepas.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: