February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KETUA jurulatih perseorangan badminton negara, Datuk Misbun Sidek, mengakui status ‘underdog’ yang dilabel kepada Datuk Lee Chong Wei menjadi faktor utama kejayaan jaguh perseorangan negara itu menjejakkan kaki di pentas akhir saingan Siri Super Final di Dubai, malam ini.

Chong Wei mencipta sensasi apabila menewaskan pemain Korea Selatan, Son Wan-ho, 21-17, 12-17 dalam aksi separuh akhir, awal pagi tadi.

Ia sekali gus membolehkan pemain nombor dua dunia itu menghampiri gelaran kelima kejohanan apabila bertemu juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen, untuk penentuan kejuaraan.

“Seperti yang saya cakap sebelum ini, Chong Wei adalah ‘underdog’, setidak-tidaknya ‘underdog’ dengan usia dan pengalaman.

“Dia bertungkus-lumus untuk sampai ke final. Dia telah kalah pada awalnya tetapi bangkit semula untuk mencapai prestasi yang sangat cemerlang ketika ini,” kata Misbun ketika ditemui dalam perlawanan akhir Kejohanan Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2017 di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan, hari ini.

Kejohanan B-12 yang dilangsungkan selama tiga hari itu merupakan anjuran bersama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC) dan dimenangi Sabah yang cemerlang menewaskan Kelantan 3-0.

Mengulas mengenai kemungkinan berlaku perubahan dalam barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) susulan ketua jurulatih wanita negara, Tey Seu Bock, yang mengiringi Chong Wei ke kejohanan itu, Misbun memberitahu: “Itu saya tidak pasti lagi.

“Buat masa sekarang, kami berada di landasan yang ada, jadi kami mengharapkan sesuatu yang positif daripada perseorangan lelaki.

“Kami perlu cari pemain berkaliber sehebat Chong Wei,” katanya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: