February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Nizam Zain

Temubual
bersama Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos
sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 
 

KUALA LUMPUR – Ketua Armada Pertubuhan Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa cuba meraih
populariti dengan menyertai demonstrasi membantah isu Baitulmaqdis
anjuran Pergerakan Pemuda UMNO dan Pas.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos
menegaskan, pemuda pembangkang itu sepatutnya menganjurkan program
sendiri dan tidak perlu menuduh beliau menghalangnya daripada memberi
ucapan.

“Keadaan ketika kita berdemo membantah Presiden Amerika Syarikat
(AS), Donald Trump di Jalan Tun Razak berasak-asak, beribu-ribu orang
datang, sedangkan program tersebut dirancang oleh Pemuda UMNO dan Pas.

“Tiba-tiba ada pula pemuda lain nak tumpang toi. Kalau nak buat,
buatlah lain hari, buat esok (Sabtu) pun boleh apa salahnya, ataupun
buat petang sikit. Jadi tak perlulah nak menumpang program orang untuk
mendapatkan publisiti.

“Akhirnya bila tidak diberikan tempat, menyalahkan orang lain,
salahkan saya pula saya halang dia, saya pun nak ke depan, tapi dihalang
oleh pihak polis FRU,” katanya ketika diwawancara MalaysiaGazette pada
Laman Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Sekeping
gambar tular di laman Facebook menunjukkan Ketua UMNO Bahagian Sungai
Besar didakwa menghalang Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman pada perhimpunan bantah tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf
Baitulmaqdis ibu kota Israel di hadapan Kedutaan AS, Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur, semalam.

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO dan Pas menganjurkan perhimpunan
membantah tindakan Trump yang mengiktiraf Bailtulmaqdis sebagai ibu kota
baharu Israel di hadapan Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, di sini.

Susulan perhimpunan itu, sekeping gambar menunjukkan Jamal didakwa
menghalang Syed Saddiq menjadi tular di laman sosial malah ada netizen
mendakwa pemimpin NGO itu juga melindungi pemimpin muda itu.

Ditanya tentang kehadiran Syed Saddiq di belakang Jamal, beliau
bagaimanapun tidak menyedarinya malah tidak pernah berjumpa dengan
pemimpin Armada itu.

“Kalau saya tahu Saddiq ada di belakang tadi, saya tumbuk dia. Bukan
saya nak melindungi, saya tak kenal dia pun Saddiq ini, saya pun tak
tahu dia macam mana.

“Itu adalah satu tuduhan, jadi kalau dia kat belakang saya, kenapa
dia tak tolak saya untuk kedepan, kenapa dia berdiri di belakang saya,”
katanya lagi. – MalaysiaGazette.

LIHAT VIDEO DI SINI

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: