February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUCHING: Setelah beberapa bulan delegasi Sarawak yang diketuai oleh Ketua Menteri mengadakan siri lawatan ke beberapa buah negara, akhirnya, kerajaan negeri Sarawak telah mengambil keputusan untuk mengguna pakai gabungan teknologi dari Jerman dan China berkuasa sel bahan api  hidrogen bagi  projek sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang akan dibina di Kuching.

Antara negara yang dikunjungi oleh delegasi Sarawak untuk mempelajari teknologi yang diguna pakai oleh negara berkenaan ialah Jerman, China dan Kanada.

Menurut Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak(SEDC) Tan Sri Abdul Aziz Datuk Husain, sekiranya projek ini dijalankan, Sarawak akan mencipta nama dalam sejarah kerana menjadi negeri pertama menggunakan sel bahan api hidrogen.

“Ketika ini, projek LRT masih lagi dalam peringkat kajian permulaan dengan kajian tersebut  dijangka  siap dalam masa dua bulan dan selepas siap kajian itu, barulah kajian secara terperinci untuk menentukan harga, laluan dan bagaimana ia dilaksanakan,” katanya semasa menghadiri  Majlis Belaian Kasih bersama warga Rumah Seri Kenangan pada Rabu.

Menurut Aziz, SEDC akan diberikan tanggungjawab melaksanakan fasa permulaan projek yang bakal mengubah landskap sistem pengangkutan yang menghubungkan Kuching, Serian dan Samarahan.

Aziz turut menyertai rombongan berkenaan  ke China yang diketuai Abang Johari minggu lalu.

Beliau  mengulas pengumuman Ketua Menteri baru-baru ini bahawa sistem LRT akan dibina di negeri ini.
________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers , Mohammad Rezza Abdullah Bahida dari Universiti Malaysia Sarawak.

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

***Awani Rangers UNIMAS ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: