February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



ALOR SETAR: Sepuluh individu mendakwa ditipu seorang wanita bergelar ustazah yang menawarkan pakej umrah membabitkan kerugian berjumlah RM71,000.

Salah seorang mangsa dari Guar Chempedak yang enggan dikenali mendakwa dia dan isteri sepatutnya berangkat menunaikan umrah pada 17 Oktober lepas namun tertunda sehingga sekarang.

“Duit yang nak pergi itu pun kami dah bayar selesai habis semua. Kenduri pun kami dah buat. Duit nak pergi sana pun kami dah tukar.

“Sekarang kami sedang tunggu, tapi tak pergi juga. Malu dengan kawan-kawan…jadi tekanan bagi kami bila orang tanya bila nak pergi?”

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang berusia 71 tahun kesal dengan tindakan wanita itu setelah dia dan birasnya kerugian sejumlah RM7,100.

Sehingga kini, pelbagai alasan diberikan ustazah berkenaan, termasuklah mendakwa tiada tiket.

Selepas berasa tertipu, mereka membuat aduan di Pejabat Persatuan Pengguna Kedah (CAKE).

Setiusaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff memberitahu pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan tersebut.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: